Wednesday, July 22, 2015



Bumi terbentang luas dihadapanku. 
Mempersembah lautan manusia yang berbagai riak wajahnya.
ada yang bergelak ketawa ,
ada yang terlalu teliti menelaah bait kata yang dikarang di dalam senaskhah buku Biologi misalnya.
ada yang termenung mungkin memikir masa depannya,
aku juga melihat , di suatu sudut yang jauh,
aku melihat sahabat sahabatku,
jauh di sudut hatiku.
Yang memberi sinar di hari gelapku,
malah ada juga yang menenggelamkan emosi yang pada asalnya biasa,
bertukar suram kerana karenah mereka.
Sekalipun begitu, 
ini semua warna warni persahabatan,
yang tak mungkin hilang.
Biar ada yang pahit, 
Yang manis itu lebih suka untuk dikenang,
Yang pahit bukan untuk dilupakan,
mungkin boleh jadi bahan hiburan untuk dikenang pada masa hadapan.
 Terima Kasih Sahabat.
kerana hadir dan kerana masih disini.
bersama.




Naaila Sakinah.

No comments:

Post a Comment