Friday, July 17, 2015

Air Mata



Bukan kerana lemah ia mengalir.
Hanya satu cara manusia menzahirkan sesuatu rasa yang tak mampu dizahirkan dengan bicara.
Hanya satu kaedah manusia membersihkan jiwa.
Cuma satu langkah untuk manusia redakan amarah.
Kerapnya ia mengalir bukan kerana cengengnya manusia.
Cuma itu sahaja jalan pintas yang mampu dilakukan untuk menoktahkan jalan yang buntu.
Kadang-Kadang.
Bukan hanya mengalir dikala suram.
Juga mengalir dikala hati berbunga.
Bukan apa, cuma satu cara mengekspresi rasa bahagia yang tak terungkap.
Payah untuk dilontarkan.
Ia ibarat bait bicara hati yang ditukar menjadi manik yang jernih
Ia menjadi ubat.
Yang tak perlukan bahan kimia untuk dipanggil penawar.
Yang tak perlukan wang dan modal yang banyak untuk menggunakannya.
Ia anugerah Allah untuk hambaNya.
Percuma.
Tapi, bukan pula untuk dibazirkan untuk kekecewaan yang sia sia.
Seperti? Faham Sendiri.


Naaila Sakinah.

No comments:

Post a Comment