Thursday, November 15, 2012

Saudaraku, Maafkan Aku.

Saudaraku,
Maafkan aku, aku tak punya kuasa.
Maafkan aku, aku tak punya daya.
Maafkan aku, aku hanya manusia,
yang lemah kudrat dan jiwa.

Saudaraku,
Maafkan aku, aku hanya mampu menadah tangan,
memohon keselamatan untukmu.
Itu saja.
Tetapi, kata Rasulullah,
Doa itu senjata mukmin.
Jadi, hanya senjata berbentuk doa yang mampu aku beri.
Tidak lebih, kerana aku manusia lemah.

Saudaraku,
Maafkan aku.
Aku hanya mampu menangis melihat deritamu,
tak pula aku mampu melindungimu.
Aku tak punya daya upaya.
Tapi, Allah itu Maha Kuasa.
Aku pasti, Allah akan membantumu.
kerana Allah sentiasa ada, selamanya.

Saudaraku,
Semoga mujahadahmu membawa ke Syurga.
Saudaraku,
Engkau beruntung, kerana Syahid engkau,
pasti ke JannahNya.

Ikhlasdariku,
FatinNadzirahMohdAsri.

No comments:

Post a Comment