Friday, October 19, 2012

Jadilah manusia yang bersyukur kerana syukur itu redha. :)





Jadilah manusia yang bersyukur, kerana syukur itu redha. :)
Assalamualaikum w.b.t buat followers yang sentiasa mengikuti perkembangan di blog fana yang tak seberapa ni. 

Dikesempatan ini, fana nak mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan yang fana lakukan sama ada disengajakan mahupun tidak disengajakan.

JADILAH MANUSIA YANG BERSYUKUR. :)

Hmm.. agak-agaknya kenapa fana tiba nak tulis pasal ni ek?
Haaaa, sebenarnya fana sekarang dalam proses menghabiskan buku ‘anakku brain tumour’. SubahanAllah, sorotan ceritanya sangat menusuk jiwa. Timbul rasa keinsafan dalam diri yang selalu melakukan dosa ni. Dalam cerita tu, penulis menceritakan bagaimana dia dan suaminya menghadapi saat-saat getir dalam menyelamatkan anak ketiga mereka yang mengidap Brain tumour. 

Melalui apa yang fana baca, fana belajar sesuatu.

Fana belajar supaya jadi orang yang bersyukur.

Kenapa perlu jadi orang yang bersyukur?

Sebab... syukur itu redha. Syukur itu bermakna kita redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita sama ada perkara yang menggembirakan kita atau sebaliknya. Semuanya berhikmah. Tiada sebaik perancang dan penentu melainkan Allah swt.  J
Kadang-kadang ada orang bertanya, kalau ditimpa musibah pun perlu bersyukur ?
Semestinya. Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk menjalani mehnah yang Allah turunkan. Allah turunkan mehnah dengan hikmah. Allah mahu kita kembali dan lebih dekat padaNYA. Itulah salah satu cara Allah menunjukkan Cinta, Kasih dan Sayang pada hambaNya. Sepatutnya kita gembira dengan mehnah yang Allah turunkan. Sebab, Allah memberi musibah bermakna Allah memandang kita. Allah memandang kita dengan rasa penuh kasih walaupun kita ni Cuma hamba yang selalu melakukan dosa. Walaupun kita ni hamba yang selalu lupa pada pencipta. Allah memandang kita dan cuba menyelamatkan kita dari terus hanyut dengan nikmat duniawi yang semangnya tidak kekal. Allah memberi kita peluang untuk kembali kepadaNya dengan Mehnah yang Allah turunkan.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Sebenarnya melalui musibah juga kita belajar menjadi orang yang lebih MATANG. Orang yang lebih TABAH. Orang yang lebih SABAR. SubahanAllah, banyaknya nikmat yang boleh kita dapat melalui mehnah yang Allah turunkan. Jadi, belajarlah menjadi orang yang bersyukur. Fana juga sarankan supaya anda berpegang pada satu prinsip. EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. Jujur fana katakan, fana sudah cuba amalkan prinsip ini, dan dengan izin Allah, fana tak pernah kecewa dengan setiap apa yang berlaku. Kerana fana tahu Allah takdirkan sesuatu kerana itulah yang terbaik. Kita mungkin taktahu apa sebabnya, tapi Allah Maha Mengetahui yang ada dilangit mahupun dibumi. Sebagai contoh, fana pernah hajatkan sesuatu, dan fana berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkannya. Tapi, Allah tak izinkan. Jadi, fana berfikir sejenak. Kemungkinan apabila hajat fana tercapai, fana akan lalai dan leka. Jadi, Allah selamatkan fana dari terus leka dengan tidak mengurniakan apa yang fana hajatkan. 

Celoteh dah panjang, rasanya Fana undur diri dulu. Nanti panjang-panjang bosan pula nak baca. Hehe.

Sekian, salam mawaddah,
FanaDean.

No comments:

Post a Comment