Assalamualaikum w.b.t :)
hey readers ! Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. semoga diberkati Allah selalu.
semua mesti tertanya kenapa hari ini fana tiba2 tulis tajuk tu. Apa yang fana nak sampaikan ? kenapa tiba-tiba nak tulis pasal sakit ni ? pelik kan ? haha. Fana cuma nak berkongsi sahaja. :)
Sebenarnya, fana tulis pasal sakit ni sebab fana sendiri berada dalam keadaan yang kurang sihat. :) tiba-tiba gatal tangan. hehe. takda idea. so, tulis pasal ni.
Para pembaca sekalian,
tahukah anda semua bahawa sebenarnya penyakit ini satu hadiah buat seseorang. Sakit juga penghapus dosa kita. Sakit juga menandakan bahawa Allah itu sayang pada kita. Terharu bukan ? Allah sayangkan kita. Walaupun kita semua selalu melakukan dosa. Sayangnya Allah pada kita, Cinta nya Allah kepada kita, kasih nya Allah kepada kita, walaupun, setiap hari kita melakukan dosa.
Fana hari ini nak tukar pendapat sesetengah orang yang menganggap dirinya adalah manusia yang paling malang. Contohnya, dia menyalahkan Allah kerana memberi penyakit itu yang menyebabkan dia sukar melakukan sesuatu pekerjaan. Wahai pembaca sekalian, ingatlah bahawa bukan kita sahaja yang menderita dengan penyakit yang dihidapi. Ramai lagi hamba-hamba Allah yang lebih menderita dari kita. yang lebih sadis nasibnya dari diri kita. Sakit ini juga sebenarnya satu peringatan buat kita semua supaya sentisa ingat pada Dia yang Esa. :)
Sakit juga boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. bukannya lari dari Allah. tahukah anda, betapa bertuahnya kita kerana dipilih oleh Allah untuk menghidapi sesuatu penyakit itu? Tidak semua orang mampu hadapinya. Sememangnya, untuk hadapi dengan tabah dan kuat itu bukanlah satu perkara yang mudah. kekuatan dan ketabahan itu sebenarnya muncul setelah kita hadapi dugaan itu. setelah kita berjaya menghadapi dugaan itu, barulah kita sedar bahawa sebenarnya ketabahan dan kekuatan itu muncul tanpa kita sedari. Ianya datang semasa kita bangun dari jatuh, semasa kita tersenyum saat berduka, semasa kita tertawa saat hati menangis kesakitan.
ingatlah, kita orang bertuah, kerana diplih untuk menghadapi ujian ini. :)
sekian dahulu dari saya. Saya memohon maaf kerana tak mampu menulis dengan lebih lanjut. kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Assalamualaikum. smile Always. :)
Officially from,
fanamoas | s'dean
No comments:
Post a Comment