Wednesday, December 7, 2011

Thank you Allah. :')

kepahitan hidup itu memang sukar ditelan tanpa ada kekuatan dan ketabahan.
tapi, untuk cari kekuatan dan ketabahan itu, kita perlu menelan segala kepahitan.
setelah itu, barulah kita temui kekuatan yang dicari dan ketabahan diri yang ingin dimiliki.

Allah itu takkan beri semua yang kita mahu , tetapi Allah akan beri segala yang kita perlukan.

ingatlah, ujian itu sebenarnya sangat indah kerana dari ujian itu kita belajar erti kekuatan, bagaimana rasa kepayahan. ujian itu juga mampu menjadikan seseorang itu lebih tabah dan lebih sabar dalam menghadapi ujian Allah.
ingatlah juga, Allah itu maha Adil. pasti ada hikmah disebalik semua ujian yang mulanya perit dan pahit itu. Allah tahu apa yang terbaik untuks etiap hambaNya.
sekiranya kita katakan bahawa kita tidak mampu hadapi ujian itu, maka kita salah kerana Allah takkan pernah membebani hambanNya dengan sesuatu yang diluar kemampuan hamba itu.

bersyukurlah juga kerana kita dipilih Allah untuk hadapi ujian yang payah kerana ujian itu adalah tanda KASIH , RINDU, CINTA Allah kepada kita. bersyukurlah juga kerana kita masih disayangi Allah dan Allah mahu kita kembali ke jalanNya, jalan yang benar.

CINTA, RINDU dan KASIH Allah itulah yang paling Agung. :)
kesedihan juga merupakan cinta Allah. rindu Allah dan kasih Allah kepada kita. :)


sekian sahaja dari saya.
sincerely,
fanamoas | s'dean

2 comments:

  1. terima kasih atas ilmunya semoga Allah membalasnya dengan kebaikan + izin mengembangkan tulisannya untuk ditaruhh diblog (hendra yg ada di indonesia salam www.qolbussalam.wordpress.com)

    ReplyDelete