
jangan sesekali engkau memetik bintang cinta dari langit kegelapan , lalu engkau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat , kerana ia membawamu ke lubang zulmat. jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa tujuan , kerana ia menjadi taufan yang meruntuhkan tugu ke peribadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu.cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu di tadah di dalam bekas suci , ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat Tuhan.ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.
cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur Ilahi.hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur Ilahi dan menyelamatkan manusia kebutaan cinta nafsu. dan seharusnya setiap lelaki , menanai pekerti al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran.baharulah nur Ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu , setiap sekelumit kasih yang menggugur dalam jiwa manusia.mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti.
jika engkau benar-benar mahu bahagia,intailah cinta yang tersembunyi dalam kamar al-Khalifah.jika bisa engkau rebut ia dengan kekuatan engkau,capailah semahunya. mudah-mudahan resah yg engkau usung pedih yang menghurung akan sirna dari lubuk kalbu lalu engkau peroleh damai abadi.
~mengintai cinta khalifah~
No comments:
Post a Comment