Thursday, November 15, 2012

Kidung Doaku.

Bedilan sana sini,
Tangisan memecah sunyi,
melihat negara sendiri,
Rakus ditelan Zionis.
Oh, Saudaraku,
Tabahnya Engkau.
Besabarlah sayang. Doaku sentiasa bersamamu.

Oh Allah,
Aku hanya punya dua tangan sempurna,
Tapi, tak punya kudrat dan jiwa,
yang mampu menggoncang dunia.
Aku tak mampu berada disana,
bersama ahlu Ghazzah.

Aku cuma Ahlu Ghazzah yang lemah.
Yang Cuma tahu menadah tangan,
menyusun kalam azimat.
Oh Allah,
dengarkan ini, kidung doaku.
untuk Saudaraku,
Yang bermandi air merah.
Oh Allah,
berilah mereka keberanian para soldadu,
berilah mereka ketabahan seperti Bilal dan Sumayyah.
Oh Allah,
hentikan tangisan mereka.
hentikan derita mereka.
Aku sendiri tak sanggup melihat,
masakan mereka pula sanggup menanggung.
Oh Allah,
aku bukan seorang mukmin sejati,
tapi aku seorang muslimah biasa,
Yang mahu doaku dikabulkan,
Oleh Penciptaku,
Sang Rabbul Izzati.
Oh Allah,
Berilah mereka Sakinah,
Tak lupa juga Mawaddah.
Allah, ambillah sebahagian rasa bahagiaku,
berilah pada mereka, aku sanggup.

YangmemohonSakinah,
Fatin Nadzirah Mohd Asri.



1 comment: