Sunday, October 21, 2012

Wanita Solehah. :)






Muslimahku,
Islam mu mekar mewangi,
Kerana kau hiasi dengan mawar berseri.
Landasanmu hanya Quran dan Sunnah.
Bukan  hanya syahadah tanda keislaman,
Islam sebagai cara hidup jadi pegangan.

Muslihahku,
Jasa mu benar mulis,
Tugas islahmu kau jalankan,
Seikhlas hati sepenuh jiwa.
Perbaiki moral yang balar tercalar.
Benarlah dirimu wanita hebat.
Mukminahku,
Bukan hanya rukun Iman kau taatkan,
Amar makruf nahi mungkar juga engkau laksanakan.
Tegal hakikat iman,
Ikrar dengan lidah, benarkan dengan hati
Dan beramal dengan anggota badan.
Itulah engkau, wanita Solehah.

Mujahidahku,
Engkau wanita tabah.
Pertahan akidah dan agama,
Pertaruh nyawa demi agama,
Engkau berjuang demi Islammu.
Demi Allahmu, demi Rasulmu.
Engkau wanita penggoncang dunia.
Yang membuka mata dunia.

nukilan, 
FanaDean. :) 

No comments:

Post a Comment